Wednesday, 9 August 2017

Salman Khan ‘Lapar’ Kantoi Kunyah Seluar Jeans Sendiri


MUNGKIN sebab lapar sangat atau tidak sempat untuk makan, sampaikan aktor Salman Khan mengunyah helaian benang seluar jeasnnya sendiri.

Namun insiden itu berlaku pada Jun yang lepas, apabila pelakon kacak Bollywood itu ada menghadiri satu acara bersempena dengan promosi filem terbarunya yeng bertajuk Tubelight.

Secara tak sengaja, perlakuan ‘peliknya’ itu telah dirakam oleh sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan beberapa kamera yang lain. Aduhhh… Apa ni Salman Khan? Lapar teruk nampaknya tu.

Sebenarnya video ni dah lama tersebar dekat Youtube tapi mungkin baru sampai ke Malaysia, jadi boleh dikatakan perkara ni dah lama terjadi.

Dalam video tersebut menampakkan Salman dengan selamba merentap benang yang terkeluar dari ripped jeansnya dan dengan tanpa rasa serba salah, dia terus memasukkan helaian benang jeans itu ke dalam mulutnya lalu mengunyah seperti gula-gula getah.

Bukan sekali saja dia buat macam tu, tapi dua kali okay. Tapi yang kali kedua tu, dia cuma membuang helaian benang tu sahaja. Dah kenyang kot?

Tapi kalau ditelitikan dengan jelas, Salman kelihatan seperti membuang kembali benang yang di dalam mulutnya tu.

Bintang Bollywood ini boleh dikatakan sebagai hero pujaan gadis selain Shah Rukh Khan.

Tapi sebabkan perlakuan peliknya tu, ramai netizen menganggap tindakannya itu menjijikkan. Tapi ada juga yang rasakan perbuatan itu lucu kerana dia dengan selambanya kunyah macam tu je.

Mungkin itu tabiat buruknya sendiri. Dan tanpa dia sedari, perbuatannya itu dirakam dan ditonton oleh ramai orang. Moga lepas ni Salman akan lebih berhati-hati kalau nak kunyah apa-apa. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments