Thursday, 3 August 2017

Pondan Insaf Harap Kisah Taubatnya Jadi Pedoman


SETIAP manusia pasti melakukan kesalahan…Tapi syukur ada yang sudah kembali ke pangkal jalan apabila hidayah Allah mula ‘menjentik’ hatinya untuk berubah.

Awal minggu lalu, seorang guru yang merupakan bekas pondan telah mendedahkan kisah zaman jahiliahnya ketika bergelar pondan.

Guru yang dikenali sebagai cikgu Jefferi, 52, di akaun Facebooknya telah membuat liputan secara live atas sebab untuk memberi pengajaran dan pedoman kepada pondan yang lain dil luar sana.

Di dalam live tersebut, Jefferi juga menunjukkan gambarnya ketika bergelar pondan. Dia juga menunjukkan silicon yang digunakannya untuk mendapatkan payu dara yang montok persis wanita asli.

Jefferi juga merupakan pengasas produk kecantikan SB SuperBeauty. Biasalah, kalau golongan seperti ini pasti ada sahaja produk kecantikan yang diusahakannya.

Tapi Jefferi sama sekali tidak seperti pondan yang lain kerana dia telah pun kembali ke fitrah asalnya iaitu seorang lelaki.

Kisahnya sangat menyayat hati apabila dia juga berkongsi kata-kata terakhir arwah ibunya lapan tahun lalu tentang jalan hidup songsang yang dipilihnya itu.


“Ketika arwah ibu saya hidup, dia selalu tanya saya: Kenapa engkau jadi macam ni? Mak lahirkan laki laki, kenapa kau pilih jadi perempuan,” cerita Jefferi dengan rasa kesedihan yang masih menebal di dalam dirinya.

Jefferi juga berkata sebab utama dia kembali ke pangkal jalan ialah kerana solat. Dia mengaku bahawa sepanjang dia menjadi pondan, dia langsung tak menunaikan solat.

Ye lah, kalau orang tak tahu mesti orang keliru samada dia lelaki atau perempuan. Kalau dia pakai telekung, dia sendiri tahu dia bukan wanita. Dan kalau dia pakai kain pelikat bersama ketayap, pasti orang memandang pelik. Mana ada lelaki ada payu dara yang besar macam perempuan? Rambut panjang pula tu?

Akhirnya Jefferi berubah dan mula mengerjakan solat setiap hari. Pada mulanya beliau hanya mengerjakan satu waktu, kemudia dua waktu dalam keadaan dirinya berpakaian wanita dan mempunyai implan pada badan, dan akhirnya beliau berjaya solat lima waktu sepanjang hari. Itu merupakan nikmat yang takkan dilupakannya setelah sekian lama tidak mengerjakan solat.

“Suatu hari Allah ketuk hati saya..tidak ada cara lain untuk hidup bahagia kerana yang perlu kita cinta kerana Allah sahaja..”

Tambah Jefferi lagi dia pernah didatangi oleh seorang penilik nasib Banggali yang mengatakan bahawa dia punyai semua benda di dunia tapi dia tak punya kebahagiaan.

Jefferi cuma mengharapkan khususnya pondan yang lain supaya dapat mengambil kisah penghijrahannya sebagai pedoman supaya mereka sedar bahawa kuasa Allah itu besar.

Ada juga netizen yang bersuara supaya Nur Sajat juga dapat mengikut jejak langkah Jefferi jika benar Sajat merupakan seorang lelaki dan bukannya khunsa.

Difahamkan Jefferi juga bakal ke Thailand semula untuk membuang implan di hidungnya itu. Katanya lagi semua pondan sangat berbangga dengan tubuh badan plastik mereka itu sampai ada yang sanggup bergaduh dengan perempuan tulen kerana mahu dipuji body cantik.

Ini baru pondan insaf yang betul-betul sudah bertaubat. Semoga kita semua sentiasa bersyukur dengan segala kurnian Yang Maha Esa dan jangan sesekali kufur dengan nikmatNya. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments