Thursday, 3 August 2017

Manusia Atau Syaitan? Korek Faraj Budak Umur 1 Tahun


SETIAP hari ada saja kes rogol, cabul atau pun mangsa pedophile dilaporkan di Malaysia atau di luar negara. Semua sama saja, macam lah rogol tu benda biasa bagi mereka.

Tapi ia akan jadi amat berbeza kalau mangsanya ialah kanak-kanak… Terbaru, seorang penganggur berusia 22 tahun telah ditahan oleh pihak polis kerana telah mencium dan mengorek dengan jari kemaluan anak buahnya.

Mangsanya pula masing-masing baru berusia setahun tujuh bulan dan seorang lagi berusia lima tahun. Kenapa manusia ni kejam sangat???

Mujur kejadian yang berlaku dekat Asajaya, Kuching, Sarawak itu telah disedari secara kebetulan oleh ibu kanak-kanak itu sendiri.

Si ibu mula menyedari malang yang menimpa anak kecilnya itu apabila dia sedang menukar lampin anaknya dan mendapati kemaluan anak perempuannya lebam!

Si kakak pula mengadu kepada si ibu yang sebelum ini suspek pernah menciumnya dan mengajaknya untuk melakukan hubungan seks!

Bukan itu saja, suspek juga pernah memasukkan jarinya ke dalam bahagian bibir faraj kanak-kanak itu berulang kali. Dasar pedophile punya manusia!

Tak tahan dengan perbuatan terkutuk saudaranya itu, si ibu telah membuat laporan polis di Kota Samarahan, Sarawak pada Sabtu yang lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, mereka telah berjaya menahan suspek ketika dia berada di sebuah rumah terbiar tanpa bernombor dekat Kampung Tambirat, Sarawak.

“Suspek yang merupakan saudara jauh mangsa telah direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 8 Ogos nanti. Lelaki terbabit ditahan selepas bapa mangsa membuat laporan.

“Dia mendakwa anak berusia lima tahun tujuh bulan itu telah dicium suspek dan meminta buat perlakuan seksual, malah memasukkan jari ke dalam bahagian sulitnya,” katanya ketika dihubungi oleh satu akhbar tempatan.

Semoga para pedophile di luar sana insaf sebelum terlambat. Bayangkanlah jika anak perempuan anda merupakan mangsa pedophile… Apa yang anda rasa?

Kanak-kanak seharusnya menjalani kehidupan yang normal seperti rakannya yang lain. Bukannya hidup sebagai mangsa pedophile! – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments