BARU-BARU ini Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah, Rani Kulup telah meluahkan hasratnya untuk menyunting peguam, Siti Kasim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim untuk menjadi teman hidup.
Selepas hampir seminggu tidak mendapat sebarang jawapan daripada peguam tersebut, Rani kini berhasrat untuk menyunting pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman pula!
Fuuuhhh…steady lah! Dulu peguam, kini pengasas produk pula.
Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih mesra dengan sapaan ‘ayah’, berharap agar Vida mampu membuka hati dan memberikan peluang kepadanya.
“Ayah boleh menjadi suami yang baik,” ujarnya memetik sebuah portal online.
Dalam pada itu ketika ditanya reaksi isterinya berikutan ‘hasrat’ tersebut, dia berkata mereka tidak kisah dan bersetuju.
“Isteri-isteri Ayah steady,” jelasnya yang terkenal dengan imej topi beret merah itu.
Terdahulu, menerusi satu perkongsian di laman Facebook, Abdul Rani mengatakan ingin memperisterikan Siti Kasim sekiranya wanita tersebut masih belum ‘dimiliki’.
“Siti Kasim jangan kau kutuk, janganlah kau hina dia, dia pun manusia macam kita juga yang memerlukan kasih sayang.
“Ayah kan cinta wanita, seandainya Siti Kasim ni…tak ada masalah bagi ayah. Ayah boleh ambil dia sebagai isteri. Tetapi kalau dia masuk belum bersuami, kalau sudah tu tak boleh lah kan,” katanya sambil ketawa.
Rani juga menyatakan selain berhasrat ingin menyunting Vida, dia juga memasang niat untuk berduet dengan wanita itu.
Tambahnya lagi, lagu terpulang pada wanita itu. Dia tetap menerima seadanya.
Fuhhh…tabik lah. Berani sungguh ayah! Sekali ditolak tak bermaksud selamanya tiada peluang.
Hmmm…Vida pula masih dalam proses ‘mencari’. Okay lah tu! Tapi… Vida impikan teman hidup bermata kelabu.
Haaa..macam mana tu? – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura
No comments:
Write comments