Wednesday, 2 August 2017

Anggota Rela Maut Tertembak Diri Sendiri


KOTA BHARU – Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) maut selepas tertembak diri sendiri ketika sedang menunggang motosikal di Kampung Kolam, Tok Uban, Pasir Mas awal pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata dalam kejadian kira-kira 2.45 pagi itu, mangsa Mohd Roddin Hashim, 45, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di leher.

“Siasatan awal mendapati senapang patah milik RELA yang diletakkan mangsa di dalam bakul motosikalnya meletup dengan sendiri sebelum mengenai leher mangsa yang ketika itu menunggang motosikal bersama isterinya.

“Mangsa dikatakan dalam perjalanan ke kawasan hutan tidak jauh dari rumahnya untuk berburu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan taklimat keselamatan kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Hasanuddin berkata siasatan juga mendapati mangsa memiliki lesen senjata api yang sah dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lati, Pasir Mas untuk dibedah siasat.

Beliau turut menasihatkan pemilik senjata api lama untuk menitikberatkan aspek keselamatan dan mengutamakan prosedur operasi standard (SOP) ketika membawa senjata berkenaan. – BERNAMA

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments