Tuesday, 14 February 2017

Peluru tembusi jantung masih hidup

Antara barangan yang dirampas

Bekasi, Indonesia: Walaupun peluru menembusi jantung, seorang perompak masih hidup dan bercakap dengan anggota polis sebelum selawat dibacakan di telinganya lalu meninggal dunia.

Kejadian itu berlaku di pusat kulinari Meli Melo Harapan Indah, Medan Satria, Kota Bekasi, pagi semalam, yang mana dua perompak ditembak kerana menyerang anggota polis. 

Seorang daripada perompak dikenali sebagai M berusia 20 tahun mati serta-merta manakala seorang lagi yang dikenali sebagai Im, 19, masih hidup. 

Jurucakap polis Bekasi Umar Surya Fana berkata, ada kemungkinan perompak yang masih hidup itu menggunakan ilmu kebal. 

“Orang normal bila terkena jantungnya (peluru) akan tewas, tapi ini tidak. Dia masih hidup bahkan berinteraksi dengan petugas, (anggota polis), ” katanya. 

Menurutnya, anggotanya kemudian membacakan selawat di telinga perompak itu yang beberapa saat selepas itu meninggal dunia. 

Dalam kejadian itu, seorang lagi perompak berusia 23 tahun menyerah diri selepas melihat dua rakannya mati, manakala dua lagi melarikan diri dan kini diburu. 

Antara yang dirampas dalam kejadian itu, tiga revolver, peluru dan parang. – TribunNews.com/HMetro

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments