Saturday, 15 July 2017

Kesihatan Saleem Iklim Semakin Pulih


SELEPAS hampir 10 hari ditahan di wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, penyanyi Saleem dilaporkan semakin pulih.

Menurut Isterinya, Juriah Bachok, Saleem menunjukkan perubahan positif apabila tidak lagi memerlukan bantuan tiub untuk makan dan minum seperti sebelum ini.

“Alhamdulillah, Saleem semakin pulih dan kini dia tidak lagi menggunakan tiub untuk menikmati makanan.

“Cuma dia masih belum boleh bercakap seperti biasa kerana badannya masih lemah berikutan penat melawan sakit terlalu lama.

“Saleem seorang yang kuat dan dia lawan sakit tersebut. Berkat doa dan sokongan dari keluarga, rakan-rakan dan peminat juga membuatkan Saleem semakin puih,”kata Juriah kepada mStar Online.

Tambah Juriah, Saleem sudah dipindahkan ke wad biasa PPUKM dan kemudian dipindahkan ke wad yang lebih privasi supaya Saleem dapat berehat dengan secukupnya.

“Saleem dipindahkan ke wad biasa selepas kesihatannya makin pulih tetapi kami tukar lagi ke bilik yang lebih privasi agar dia dapat berehat secukupnya.

“Boleh dikatakan setiap hari ada orang datang melawat. Mungkin esok, lusa atau beberapa hari lagi Saleem akan pulang ke rumah,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments