GAMBAR seekor anak kambing yang dilahirkan dengan muka pelik telah menjadi tular. Mamalia itu dikatakan mempunyai wajah seperti manusia dan ia dilahirkan di wilayah San Luis, Argentina.
Menurut tuan punya kambing itu, Gladys Oveido, dia sangat terkejut tatkala melihat muka pelik tersebut yang cuba merenungnya.
Anak kambing itu mendapat perhatian selepas menantu Oveido memuat naik gambar di media sosial.
Kes itu juga mendapat perhatian polis yang telah menghantar anggotanya ke ladang milik Oveido.
Namun punca haiwan itu dilahirkan sedemikian rupa masih lagi dalam siasatan. – Mynewshub.cc
No comments:
Write comments