RAKAMAN video berdurasi 45 saat yang memaparkan seorang lelaki sedang khusyuk sembahyang tiba-tiba disepak oleh seorang askar Israel mencetus kemarahan ramai.
Rakaman itu diambil ketika pertempuran yang berlaku di luar kawasan Masjid Al-Aqsa dan disiarkan stesen TV antarabangsa Al Jazeera pada Jumaat.
Rusuhan itu dilaporkan berlaku susulan tindakan Israel tidak membenarkan orang Islam berumur di bawah usia 50 tahun menunaikan solat di dalam Masjid Al-Aqsa.
Sedutan rakaman tersebut mencetuskan kemarahan netizen di seluruh dunia dan tidak ketinggalan pengguna media sosial tempatan yang sekeras-kerasnya mengutuk perbuatan biadap askar tersebut
Dalam pada itu Al Jazeera melaporkan tiga maut dalam pertempuran antara waraga Palestin dan Israel dalam demonstrasi tersebut.
Rabu lalu, Imam masjid Al-Aqsa, Sheikh Ikrima Sabri cedera ditembak dengan peluru getah oleh rejim zionis ketika beliau sedang menunaikan solat di luar pintu pagar masjid berkenaan. - MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments