TERDAHULU viral dengan pendedahan seorang jejaka anime yang sanggup membedah wajah demi kelihatan seperti karakter yang diinginkan dan terkini, solekan ala-ala animasi jepun pula menjadi perhatian!
Tidak dinafikan ramai netizen yang meminati watak anime tapi tidak sangka sampai tahap ada yang ingin menjadi seperti karakter diimpikan.
Apa pendapat untuk solekan di atas? Cantik atau menakutkan? Penilaian adalah terserah kepada pelanggan yang semakin hari semakin menggila akan solekan itu.
Pemilik Roza D’touch, Romaniza Abdul Kadir berkata dia pun seolah tidak percaya percubaan awal mengoles wajah anak gadisnya membuka pintu rezeki buatnya.
“Ramai juga yang minat untuk berwajah anime, bakal pengantin pun ramai minta, saya betul-betul tak sangka,” katanya memetik salah sebuah portal tempatan.
Permintaan terhadap solekan ala animasi jepun itu mendapat perhatian netizen selepas dia menukar anaknya menjadi salah satu ikon anime popular dari Jepun, Sailormoon.
Anaknya yang dioles persis Sailormoon itu, dipadankan dengan busana pengantin muslimah menarik lagi minat bakal-bakal raja sehari untuk kelihatan cantik seperti itu di majlis bahagia mereka.
Jurusolek itu mengambil masa lebih tiga jam untuk mengubah wajah menjadi anime dan anggaran bayaran adalah di antara RM450 hingga RM500.
Romaniza memberi fokus yang lebih pada bahagian hidung, mata dan kening untuk kelihatan seperti patung hidup.
Berikut adalah perkongsian di laman Facebooknya:
Tidak sangka ramai pengantin yang berminat untuk berwajah anime, namun lumrah alam setiap yang positif pasti akan adanya terselit seorang dua yang berfikiran negatif.
Begitulah juga komen terhadap solekan ini walaupun ada yang menyukai tapi tidak kurang juga yang mengutuk dan menggambarnya kelihatan seperti hantu:
Setiap orang lain minatnya, bukan hak kita untuk mengkritik minat masing-masing kan, tak gitu? – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura
No comments:
Write comments