SEBUAH pesawat mengalami kelewatan selepas sepasang suami isteri membawa bersama anak lelaki mereka yang berusia empat tahun ke dalam pesawat tanpa membelikan tiket untuknya.
Pasangan itu menyangka anak mereka tidak memerlukan tiket kerana dia tidak cukup tinggi. Ketika itu pesawat dijadualkan terbang dari Beijing ke Shanghai.
Sepatutnya ia mengambil masa hanya sejam setengah sahaja namun disebabkan perkara berkenaan, pesawat itu tertunda sehingga lima jam. Insiden itu melibatkan pesawat Juneyao Airline.
Kapal terbang yang sepatutnya berlepas pada 6:55 pagi hanya berlepas pada 11:59 pagi.
Insiden itu terbongkar apabila anak kapal yang mengira jumlah pesawat telah mendapati terdapat lebihan penumpang dalam kapal.
Ia mengakibatkan juruterbang terpaksa mengarahkan semua penumpang turun dan melalui pemeriksaan keselamatan.
Selepas menyedari mengenai kesilapan tersebut, pasangan terbabit cuba membeli tiket untuk anak mereka itu, namun mereka telah diusir dari pesawat dan disoal siasat oleh polis.
Keluarga itu sebelum ini tidak pernah menaiki pesawat. – Mynewshub.cc
No comments:
Write comments