CUACA masa kini kadang-kala tidak menentu. Ada masa panas, ada masa sejuk, ada masa pula hujan ribut.
Justeru, tindakan seorang lelaki bernama Zheng, 44, menikmati aiskrim bagi menghilangkan rasa panas yang melanda China sejak beberapa minggu lalu mungkin niatnya untuk menyejukkan badan.
Malang sekali, lelaki yang berasal dari Quzhou wilayah Zheijang, China ini telah dimasukkan ke sebuah hospital setelah dia mengadu sakit perut ketika sedang tidur dan didapati keadaannya kelihatan semakin teruk.
Pada mulanya dia hanya memakan sebatang aiskrim sahaja, namun lama-kelamaan dia berasa seperti ketagih dan terus makan tanpa menyedari yang dia sudah makan aiskrim sebanyak 54 batang!
Mungkin silapnya apabila lelaki ini makan aiskrim secara berterusan dan akhirnya dia telah minum segelas air berais.
Akhirnya doktor mengesahkan bahawa Zheng telah mengalami gastroenteritis iaitu masalah yang berkaitan dengan buah pinggang.
South China Morning Post melaporkan bahawa pihak hospital masih belum dapat kenal pasti bagaimana aiskrim itu dapat memberi kesan yang sangat teruk kepada buah pinggang Zheng.
Atau ia mungkin disebabkan air berais yang diminumnya? Atau sistem badannya terkejut kerana terlampau sejuk? Mana taknya, kalau dah makan 54 batang aiskrim sekali gus… Jadi aisberg lah nanti dalam badan tu. - MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah
No comments:
Write comments