Saturday, 29 July 2017

Hero ‘Twilight’ Mengaku Pernah Jual Majalah Lucah


SIAPA tidak kenal dengan hero filem Twilight, Robert Pattinson. Lirikan matanya sahaja sudah bisa mencair hati para gadis yang menggilainya.

Pelakon ini mencerita pengalaman memalukan yang tidak pernah didedahnya berikutan pernah dibuang sekolah kerana menjual majalah lucah.

Robert, 31, membuat pengakuan dia pernah dibuang sekolah kerana bersalah mencuri dan menjual majalah lucah.

“Saya tidak pernah mendedahkan tentang perkara ini sebelum ini. Saya mencuri majalah lucah dan menjualnya di sekolah.

“Ketika itu, saya tak tahu apa yang harus dilakukan dengan majalah itu. Jadi saya menjualnya dengan harga yang tinggi,” katanya memetik sebuah portal online.

Perbuatan memalukan itu dilakukan berulang kali, sehinggalah pemilik kedai tersebut menyedari banyak majalah lucah di kedainya yang hilang akibat dicuri.

Bintang Hollywood ini bagaimanapun bernasib baik kerana sewaktu ditangkap pemilik kedai tersebut tidak melaporkan kepada pihak berkuasa.

Tetapi lelaki tersebut memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah dan kesannya, Robert dibuang daripada sekolah.

Tambahnya lagi, berikutan kes tersebut dia mendapati rakan-rakan sudah mula menjauhkan diri darinya.

Robert Thomas Pattinson merupakan seorang pelakon dan model yang berasal dari United Kingdom. Dia mula menempa nama melalui dua buah filem terkenal iaituTwilight melalui watak Edward Cullen dan Harry Potter and the Goblet of Fire sebagai Cedric Diggory. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments