BUAT baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali.. Sebab bila dah kantoi, nak meratap tepi katil pun dah tak mampu!
Nasib malang seorang lelaki apabila dia dengan bangganya memuat naik gambar motosikal SYM ‘barunya’ di Whatsapp group bertujuan untuk mengajak mana-mana gadis keluar bersama yang akhirnya telah mengheret dirinya ke dalam lokap polis.
Rupa-rupanya pemilik motor tersebut juga turut berada di dalam Whatsapp grouptersebut dan perkara itu terus dilaporkan kepada pihak polis.
“Malangnya dia (suspek) tidak sedar bahawa pemilik motosikal itu turut berada di dalam kumpulak Whatsapp yang sama. Malah pemiliknya pernah membuat laporan polis mengenai kehilangan motosikalnya di Balai Polis Labis, minggu lalu”, kata Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Raub Selamat yang dipetik daripada akhbar harian.
Suspek, 26, yang berasal dari Segamat, Johor merupakan seorang penganggur mencuri motor tersebut dan telah memalsukan nombor pendaftaran motor.
Seorang pegawai polis wanita telah menyamar dan berpura-pura kononnya berminat untuk keluar bersama suspek untuk menaiki motor ‘barunya‘. Port dating telah dipersetujui iaitu kira-kira 30 meter jaraknya dari pejabat polis yang berhampiran.
Belum sempat nak berseronok, suspek telah diberkas oleh beberapa orang anggota polis lelaki yang bersembunyi di kawasan semak berhampiran mereka.
Jadi, fikirlah banyak kali sebelum nak buat jahat. Jangan ingat orang jahat senang-senang je nak terlepas bila buat jenayah ya! – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments