Sunday, 30 July 2017

Walaupun Dikasari, Bella Akui Masih Sayangkan Aliff


WALAUPUN dikasari suaminya sendiri, Bella Astillah menyatakan dia masih menyayangi Aliff Aziz dan tidak pernah terfikir untuk berpisah biarpun episod hitam melanda badai rumah tangga mereka.

Menurut Bella, 23, sepanjang mendirikan rumah tangga sejak September tahun lalu, Aliff tidak pernah mengasarinya sehinggalah insiden yang berlaku Khamis lalu.

“Saya masih sayangkan Aliff!!! Saya tidak terfikir untuk berpisah dan masih sayangkannya malah Aliff tidak pernah memukul saya seperti yang hebat diperkatakan sejak semalam.

“Sebaliknya apa yang berlaku pada hari kejadian hanyalah pergelutan dan dalam situasi itu secara tidak sengaja dia mencederakan saya. Sepanjang kahwin, dia tak pernah pukul saya malah dia juga bertanggungjawab terhadap anak kami,” katanya memetik mStar Online.

Bella dikasari Aliff ketika dia ‘menyerang’ suaminya bersama seorang pelakon baru, Afifah Nasir dalam sebuah bilik karaoke di Cheras, Khamis lalu.

Pergelutan berlaku disebabkan Aliff mahu merampas telefon bimbit milik Bella yang berjaya merakamkan aksi suaminya itu bersama pelakon wanita tersebut dalam bilik karaoke berkenaan.

Susulan insiden itu, Bella telah membuat laporan polis dan Aliff telah ditahan polis pada jam 2 pagi Jumaat dan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Namun, aktor dan penyanyi kelahiran Singapura itu telah dibebaskan dengan ikat jamin polis, semalam.

Bella dan Aliff disatukan pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang dilahirkan pada 8 Julai lalu. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments