Wednesday, 26 July 2017

`Rapunzel’ Punya Ramai Peminat Kerana Rambut


SEORANG wanita kini digelar Rapunzel apabila rambut perangnya itu menjadi panjang, sama macam watak kartun berkenaan, selepas 14 tahun tidak memotongnya.

Rapunzel adalah karakter dalam kisah dongeng Brothers Grimm.

Rambut Daria Gubanova yang berasal dari Rusia, kini telah panjang hingga ke paras pergelangan kakinya.


Wanita berusia 27 tahun itu bagaimanapun tidak berhasrat untuk memotong rambutnya itu sehinggalah ia mencecah ibu jari kakinya.

Dia mula menyimpan rambut setelah rakannya mencabarnya kerana mereka tidak yakin dia boleh menyimpan rambut panjang.

Sejak itu dia tidak lagi ke salon dan membiarkan rambutnya lepas. Dengan wajah yang menarik dan rambut ala Rapunzel, Daria kini mempunyai 218,000 pengikut di media sosial.

Ramai yang cuba mengikut jejak langkahnya namun tidak berjaya kerana mereka tidak mempunyai tahap kesabaran yang tinggi sepertinya. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments