Tuesday, 25 July 2017

'16 Tahun Dah Berani Hantar Gambar Lucah' – Faradhiya


BUKAN senang tau jadi public figure ni sebenarnya. Macam-macam benda kena hadap, kadang-kadang yang tak masuk dek akal pun terpaksa mereka tempuh.

Macam contoh penyanyi Faradhiya yang mendedahkan dia sentiasa menerima mesej-mesej dan foto-foto berbaur lucah di akaun laman sosialnya.

Malah, penyanyi putih gebu itu turut memaklumkan dia pernah menerima gambar lucah daripada pelajar sekolah yang baharu sahaja berusia 16 tahun! Amboi, beraninya dik oi…

“Memang geram dan sakit hati sebab di usia semuda itu mereka sudah berani menghantar gambar sedemikian pada saya. Takde rasa hormat langsung!

“Yang guna akaun palsu memang banyak tetapi ada yang lebih berani menggunakan akaun peribadi dan mengambil gambar tak senonoh menampakkan sebahagian dari alat sulit dan muka mereka. Apa tak ada perasaan malu ke?,”katanya, lapor mStar Online.

Walaupun diganggu, namun Farahdhiya tidak berniat untuk membuat laporan polis, sebaliknya dia hanya menyekat akaun individu terbabit agar tidak lagi dihujani dengan perkara-perkara kotor sebegitu.

Malah disebabkan perkara itu juga, Farahdhiya mengambil keputusan untuk mengelak menggunakan perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Grab Car.

“Saya mengambil langkah untuk tidak akan menaiki perkhidmatan Grab Atau Uber atas sebab-sebab keselamatan dan saya lebih selesa untuk memandu sendiri,” ujarnya lagi.

Penyanyi yang gemar memasak ini juga berkata dia tidak akan sesekali berkongsi lokasi di mana-mana tempat yang dikunjunginya di Instagram bagi menjaga keselamatan dirinya.

Malah, selebriti berdarah kacukan Melayu-Itali ini juga mengatakan dia tidak faham kenapa orang ramai di luar sana gemar berkongsi lokasi keberadaan mereka kerana jelas perkara itu membahayakan keselamatan diri masing-masing. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments