UNITED KINGDOM - Video seorang penunggang motosikal yang cuba membuatkan dirinya kemalangan yang dipercayai untuk menuntut pampasan dari pemandu kereta, viral di media sosial.
Dalam kejadian yang berlaku pada awal bulan Julai ketika seorang pemandu wanita sedang melalui jalan tersebut sebelum penunggang motosikal terbabit muncul dari sebelah kiri dan mengundurkan motosikalnya sehingga berlaku pelanggaran yang disengajakan.
Suspek yang memakai jaket hitam itu kemudian menghempaskan badannya ke kereta itu seolah-olah dia telah dilanggar oleh pemandu wanita itu.
"What the hell? You idiot!" kata pemandu wanita berkenaan.
Wanita itu kemudian keluar dari kereta untuk berdepan dengan penunggang motosikal dan rakannya yang yang merakam situasi selepas kejadian itu berlaku.
Kedua-dua lelaki itu menegaskan bahawa wanita itu telah melanggar penunggang motosikal terbabit. Bagaimanapun wanita itu memaklumkan bahawa keretanya mempunyai 'dashcam' dan telah merakam tindakan mereka yang cuba menipunya.
Terkejut dengan perkara itu, kedua-dua suspek kemudian segera melarikan diri kerana bimbang wajah dan identiti mereka dirakam dashcam tersebut.
"I've got a camera. Do you understand you are on video, you complete idiot!" katanya sebelum menghubungi pihak polis.
Difahamkan rakaman itu dirakam pada 2 Julai dan dimuat naik ke media sosial sebagai amaran kepada golongan scammer yang lain.
No comments:
Write comments