GILA. Seorang lelaki telah dituduh membunuh anak lelakinya selepas budak itu menemui gambar bapanya sedang makan najis dalam keadaan sedang memakai pakaian perempuan.
Dylan, yang merupakan anak kepada Mark Redwine telah hilang pada November 2012, selepas dia dijadual melawat rumah ayahnya.
Mark dikatakan mengamuk selepas Dylan bersemuka dengannya mengenai gambar berkenaan, demikian menurut The Denver Channel.
Perkara itu dinyatakan oleh Cory, iaitu adik Mark.
“Saya pernah tengok gambar itu. Ia menunjukkan Mark memakai pakaian wanita berserta solekan dan dia makan najis daripada lampin pakai buang.
“Ia adalah menjijikkan. Kami sukar percaya.
“Dia memang sakit,’’ kata Cory.
Menurut Cory, dia sedih kerana Dylan terpaksa mengalami perkara berkenaan dan selama lima tahun mereka tertanya-tanya siapa yang membunuh Dylan.
Mark yang berasal dari Durango, Colorado,dinamakan sebagai individu berkepentingan dalam kes tersebut pada dua tahun lepas.
Dia bagaimanapun mempertahankan diri sebagai tidak bersalah dan menafikan terlibat dalam kematian anaknya.
Mark kini ditahan di penjara. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments