Sunday, 23 July 2017

Rakam, Ejek Lelaki Lemas Di Dalam Kolam


FLORIDA (Amerika Syarikat) – Sekumpulan remaja yang merakam serta mengejek seorang lelaki kurang upaya ketika lemas dan akhirnya maut, semalam ditahan kerana memainkan peranan dalam kematiannya.

Lima remaja itu didakwa merakam dan mengejek Jamel Dunn, 31, ketika mangsa lemas di dalam sebuah kolam pada 7 Julai lalu. Identiti mereka tidak didedahkan, lapor News 13.

Ketua Polis Cocoa, Michael Cantaloupe berkata, tiada peruntukan undang-undang mewajibkan orang ramai menghubungi pihak berkuasa apabila melihat seseorang dalam situasi maut.

Bagaimanapun, katanya, pihak berkuasa mesti dihubungi selepas berlaku kematian.

Polis kini dalam proses memfailkan dokumen yang diperlukan kepada pejabat pendakwa negeri.

Sebelum ini, polis berkata, remaja terbabit mungkin tidak didakwa kerana tidak bertanggungjawab secara langsung atas kematian Dunn.

Dalam video itu, Dunn dapat dilihat lemas di dalam kolam di Cocoa itu manakala sekumpulan remaja berusia antara 14 hingga 16 tahun yang menyaksikan kejadian itu didengar ketawa serta mengejeknya.

Satu suara didengar berkata: “Tak siapapun akan membantu kamu, bodoh. Siapa suruh masuk ke situ?”

Dunn kemudian mati lemas. – Agensi/myMetro Online

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments