BELUM reda lagi isu aktor si Alif Satar yang menjadi mangsa perbualan berikutan kes tersilap identiti oleh peminat, haaa… kali ini, seorang lagi Alif turut terkena tempias!
Ha? Alif mana pula kali ni? Apa kesnya ni? Okay jom kita tengok!
Hmmm… Selain Alif Satar, jutawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri juga tidak lari daripada terkena tempias berikutan kontroversi hangat yang menggemparkan tanah air baru-baru ini.
Perkara ini bermula susulan daripada komen salah seorang individu di laman Facebook milik Aliff Syukri yang agak mencuit hati.
“Kau nak makan kat mana pun tak pe…tepi kubur pun orait…Yang kau pukul bini tengah dalam pantang tu pasaipa!!!” komen lelaki tersebut.
Fuhhh… tinggi betul keyakinan mamat ni kan? Sebenarnya, dia ni tahu ke tidak Alif mana yang sedang dilanda kontroversi?
Komen yang mendapat melebihi 100 likes itu kini tular menerusi laman sosial. Kepada netizen yang tidak pasti Alif mana satu yang dilanda kontroversi tu, boleh lah klik link dekat bawah ni.
Haihh… Alif Satar dan Aliff Syukri sudah. Lepas ni Alif mana pula?
Hmmm… Sudah-sudahlah tu dikaitkan kontroversi itu dengan Aliff yang tak ada kena mengena. Bukan sahaja tak ada kena mengena malah tidak logik langsung!
Periksa dulu betul-betul Aliff mana satu, baru komen. Okay!
Hmmm… Kasihan sungguh insan bernama Aliff buat masa sekarang ni.
Namun, hanya ada satu je Alif yang mungkin takkan dikecam. Hmm…Tadaaa!
Kepada sesiapa yang bernama Aliff tu, mohon bertabahlah ya. Semoga kalian juga tidak terkena tempias kontroversi ini. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura
No comments:
Write comments