Wednesday, 26 July 2017

Pemburu Wanita Popular Bunuh Diri Akibat Diugut


PEMBURU wanita terkenal, Melania Capitan ditemui mati akibat bunuh diri selepas beberapa minggu menerima ugutan menerusi media sosial yang tidak senang dengan aktiviti pemburuan itu.

Melania, 27, menjadi terkenal dan mempunyai ramai peminat apabila dia memuat naik mengenai taktik memburu dan turut mendedahkan kehidupan sehariannya dalam media sosial.

Namun di sebalik kehidupan glamornya itu, dia tidak lepas daripada kontroversi dan menjadi sasaran aktivis haiwan yang sentiasa mengecamnya.

Dia yang berasal dari Catalonia, telah menetap di Huesca, utara Sepanyol sejak tiga tahun lalu.

Melania turut meninggalkan noto kepada rakan-rakannya sebelum membunuh diri.

Tahun lepas, Melania mendedahkan dia menerima lebih 3,000 komen berbaur ugutan di media sosial dan melaporkan kepada pihak berkuasa.

Namun kes itu digugurkan kerana sukar bagi pihak berkuasa untuk menentukan pemilik komen-komen terbabit.

Selepas berita kematiannya tersebar, Facebook Melania dibanjiri dengan simpati daripada peminatnya. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments