Wednesday, 1 March 2017

Lelaki maut di tangan pemilik anjing yang mahu dibunuhnya

BATANG besi yang dirampas daripada suspek dipercayai digunakan untuk memukul mangsa dalam kejadian di kawasan setinggan berhampiran Taman Mutiara, di Sandakan. -Foto ihsan IPD Sandakan

SANDAKAN: Seorang lelaki yang mahu membunuh seekor anjing, mati dipukul oleh pemilik haiwan berkenaan menggunakan besi di kawasan setinggan berhampiran Taman Mutiara, Batu 3 di sini, hari ini. 

Mangsa berusia lingkungan 30-an yang tidak ditemui identitinya dikatakan pergi ke rumah suspek yang juga tiada dokumen pengenalan diri kerana mahu membunuh haiwan peliharaan suspek, pada jam 8.30 pagi.

Mangsa dikatakan bergaduh dengan suspek, sebelum kedua-duanya bergelut dengan suspek menggunakan besi, manakala mangsa memakai batang paip menyebabkan mangsa rebah dan berlumuran darah, sebelum jiran suspek menghubungi polis. 

Suspek yang menyedari keadaan itu kemudian dipercayai melarikan diri bersama dua lagi anaknya. 

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata polis tiba di kawasan terbabit 15 minit kemudian bersama pihak ambulans yang mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian. 

Katanya, suspek ditangkap pada jam 1.25 tengah hari tadi di kaki lima sebuah restoran di Kondominium Batu 3 1/2 di sini, dan merampas besi sepanjang 90 sentimeter yang dipercayai digunakan suspek. 

"Suspek berusia 30 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

"Siasatan awal mendapati mangsa dipukul kerana datang ke rumah suspek dengan tujuan hendak membunuh anjing kepunyaan suspek, " katanya di sini, sebentar tadi. - BHonline

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments