IPOH – Polis Perak menerima dua laporan daripada banduan yang mendakwa diliwat banduan lain dalam kejadian di Penjara Taiping dan Pusat Koreksional Kamunting.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata kedua-dua laporan diterima pada Khamis.
Kes pertama melibatkan mangsa berusia 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh banduan berusia 50 tahun di Penjara Taiping, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Gan berkata kes kedua pula dilaporkan oleh mangsa berusia 27 tahun yang mendakwa diliwat banduan berusia 42 tahun di Pusat Koreksional Kamunting, Taiping.
Kes disiasat menurut Seksyen 3777C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii, katanya. – BERNAMA
No comments:
Write comments