Monday, 27 March 2017

8 Bulan Bercinta, Rupa-Rupanya Kekasihku Pondan


JAKARTA – Alangkah terkejutnya seorang lelaki apabila mengetahui teman wanitanya sebenarnya lelaki yang berperwatakan seperti wanita dan sering bertudung.

Lebih malang lagi rahsia ‘wanita’ ayu itu terbongkar selepas pasangan berkenaan ditangkap pihak polis wilayah Kalimantan Tengah, Indonesia kerana bercumbu di tempat awam.

Menurut laporan Borneonews, polis menangkap Rizki Budiansyah, 26; dan kekasihnya, Lauren, 21; kerana berkelakuan tidak senonoh di sebuah taman awam pada khamis lalu.



Jurucakap polis, Hermon F Lion berkata, ketika pemeriksaan polis mendapati kad pengenalan Lauren menyatakan bahawa dia sebenarnya adalah lelaki.

“Lauren akhirnya mengaku dia seorang lelaki tetapi sering berpakaian seperti wanita.

“Pengakuan itu membuatkan Rizki terkejut besar,” katanya.

Menurut Rizki yang berasal dari Desa Pasir Panjang, Kabupaten Kotawaringin kira-kira 1,300 kilomter dari Jakarta, dia sudah menjalinkan hubungan cinta dengan Lauren sejak lapan bulan yang lalu.



Rizki memberitahu, Lauren tidak bekerja dan akan datang ke Pangkalan Bun untuk bertemu dengannya dan hanya berpeluang bertemu dua kali sebulan kerana jarak tempat tinggal yang tidak mengizinkan.

“Setiap kali bertemu, dia akan memakai tudung, tiada sedikit pun kelakuannya yang mencurigakan dan dia memang nampak seperti seorang perempuan.

“Namun baru saya tahu, ternyata Lauren yang putih, gebu, badan melentik dan tinggi lampai adalah seorang lelaki. Saya sangat menyesal pak,” kata Rizki.

Semasa pemeriksaan, polis juga menemui pil horman dan sebotol minyak yang dipercayai minyak pengasih di dalam beg tangan Lauren.

“Itu minyak buluh perindu, jangan dibuka,” kata Lauren yang turut mengaku telah memperdayakan Rizki melalui laman sosial.

Menurut Hermon, pasangan kekasih itu dibebaskan selepas keterangan mereka diambil dan diberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatan tidak senonoh itu lagi. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments