NGERI,…seorang lelaki meninggal dunia dalam keadaan tragis selepas terperangkap di antara platform dengan kereta api laju, hingga mengakibatkan bahagian bawah badannya hancur dirempuh kereta api terbabit.
Ketika kejadian, dia dikatakan sedang menyeberang landasan terbabit untuk menuju ke platform di depannya di Nanjing South Railway Station.
Namun ruang yang sempit antara platform dengan kereta api itu mengakibatkan dia gagal melepaskan diri.
Pihak berkuasa kini sedang menyiasat kenapa lelaki yang tidak didedahkan identiti itu menyeberang landasan terbabit namun netizen percaya dia berada di platform yang salah, dan terpaksa menyeberang landasan itu untuk ke platform di hadapannya.
Kereta api laju itu dikenali sebagai `He Xie Hao’ dan ia mula diperkenalkan pada 2007. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments