DUBAI dikenali sebagai sebuah negara metropolitan yang kaya-raya dan dihuni ramai jutawan.
Laman CNN baru-baru ini melaporkan Dubai menerima penganugerahan daripada Guiness World Record kerana memiliki kereta polis paling pantas di dunia.
Negara itu memilih kereta jenama mewah Bugatti Veyron; salah satu daripada 14 supercar yang dimiliki penguatkuasa negara itu.
Kereta tersebut mampu pergi dari 0 ke 60mph dalam dua setengah saat sahaja manakala kelajuan paling tinggi pula adalah 254 mph (407 km/h).
Sebelum ini, rekod itu dipegang oleh polis Itali yang menggunakan Lamborghini Gallardo LP560-4, yang boleh pergi sehingga 370 km/h.
Bagaimanapun, lapor CNN lagi, phak polis Dubai tidak menggunakan kereta itu untuk mengejar penjenayah. Tetapi ia akan digunakan untuk meronda sekitar pasaraya Dubai dan Pantai Jumeirah untuk tarikan pelancong.
Antara koleksi supercar lain yang dimiliki oleh polis Dubai termasuklah Aston Martin One-77, Bentley Continental GT, tiga Porshe Panamera Hybrid dan dua BMW i8. -MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments