Thursday, 30 March 2017

Dera Kanak-Kanak Tidak Sedar Perbuatannya Dirakam


SEPASANG suami isteri terkejut selepas mengetahui anak mereka hampir maut akibat tercekik makanan setelah dipaksa makan oleh pengasuh.

Perbuatan berkenaan terbongkar selepas pasangan terbabit melihat kamera CCTV yang dipasang di rumah mereka.

Apabila pasangan suami isteri, Zhang dan Chen, yang menetap di Fuzhou, China itu bertanyakan mengenai perkara tersebut kepada pengasuh terbabit, dia dengan selamba memberitahu moodnya tidak baik pada hari berkenaan.


Tidak lama kemudian pengasuh itu mengemas baju dan melarikan diri dari rumah terbabit.

Zhang dan isterinya sebelum itu menggunakan khidmat sebuah agensi untuk mencari pengasuh bagi menjaga anak lelaki mereka yang berusia setahun memandangkan pasangan tersebut kerap keluar kerana urusan perniagaan.

Namun mereka telah memasang CCTV untuk melihat perkembangan anak serta pengasuh itu setiap hari dan ia boleh dipantau menerusi telefon bimbit suaminya.

Bagaimanapun tanpa disangka oleh Zhang dan Chen, mereka melihat anak mereka diperlakukan dengan kasar dan didera oleh pengasuh terbabit.

Kanak-kanak itu juga turut muntah di atas meja dan ditampar beberapa kali di kepala oleh pengasuh terbabit.

Selepas melihat video itu, mereka segera pulang ke rumah dan bertanyakan kepada pengasuh terbabit. Pada mulanya dia menafikan tetapi apabila ditunjukkan video tersebut, barulah pengasuh itu memberitahu moodnya tidak baik.

Disebabkan penderaan itu, kanak-kanak tersebut dilaporkan menghidap pneumonia. Kes berkenaan kini disiasat polis. – MYNEWSHUB.CC


    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments