SEKUMPULAN pemain kelab bola sepak Argentina berdepan detik cemas apabila pintu pesawat ringan yang dinaiki terbuka ketika hendak berlepas.
Pasukan Racing de Avellaneda dalam proses berlepas pulang selepas kalah kepada klub lain dari negara itu; Atletico Belgrano dalam kejadian pada Ahad lalu.
Laman antarabangsa Mirror berkongsi rakaman daripada telefon bimbit dari dalam kabin pesawat itu menunujukkan pesawat itu sedang bergerak untuk berlepas sebelum kedengaran salah seorang daripada rakan pasukannya menjerit “berhenti, berhenti” beberapa saat hendak berlepas.
Ketika jururakam berpaling untuk melihat kekecohan yang berlaku, dia mendapati beberapa rakan sepasukannya cuba untuk menarik perhatian juruterbang tentang situasi cemas yang dihadapi sementara yang lain berhempas pulas untuk menutup pintu pesawat berkenaan.
Klip itu dikongsi di laman Buenos Aires Vivo, mencetuskan rasa panik.
Walau bagaimanapun, pintu pesawat itu berjaya dibaiki dan mereka dengan selamatnya meneruskan perjalanan pulang ke Buenos Aires pada percubaan kedua.
Pun begitu laman itu tidak berkongsi apa yang menyebabkan pintu pesawat itu terbuka secara tiba-tiba. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments