Wednesday, 29 March 2017

Bos Gila, Koyak Wang Pekerja Kerana Tak Lepas ‘Target’


ANDA mungkin merasakan bos anda adalah orang yang paling garang dan tidak bertimbang rasa, tapi anda silap. Dia pasti tidak boleh melawan kegarangan wanita ini yang dikenali sebagai Liu.

Disebabkan lima pekerjanya gagal memenuhi sasaran untuk mengedar setiap 100 risalah, Liu yang juga pengurus di sebuah kedai elektrik telah memaksa mereka mengoyak wang kertas kepunyaan masing-masing sebanyak RM66.

Meskipun berat hati dan sedih kerana terpaksa mengoyak wang masing-masing, mereka tetap melakukannya.

Insiden itu berlaku pada 22 Mac lepas dan rakamannya telah tersebar meluas di media sosial.

Ia mengakibatkan satu laporan polis dibuat ke atas Liu dan ketika disoal Liu memberitahu dia berbuat demikian kerana mahu menyedarkan pekerjanya supaya tidak membazirkan kertas risalah tersebut.

Dia bagaimanapun telah didenda sebanyak RM635 dan diberikan amaran oleh polis. Selain itu, Liu juga perlu menggantikan semula wang yang dikoyak oleh pekerjanya.

Selain Liu, polis turut memberikan amaran kepada lima pekerja terbabit bahawa tindakan mereka memusnahkan wang kertas renminbi boleh menyebabkan mereka didenda. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments