KUALA LUMPUR – Harga runcit siling bahan bakar yang mula ditetapkan secara mingguan bermula tengah malam ini menyaksikan penurunan bagi semua jenis.
Menurut laporan media tempatan petang Rabu, bermula dari 12.01 tengah malam pada 30 Mac ini sehingga 11.59 malam 5 April depan, harga minyak yang baharu ditetapkan seperti berikut:
Harga baharu siling tersebut turut menyaksikan kejatuhan masing-masing petrol Ron 95 sebanyak 17 sen, Ron 97 pula turun 19 sen manakala minyak diesel merosot sembilan sen.
Penetapan harga terkini petrol dan diesel secara mingguan bakal diumumkan menerusi stesen RTM pada setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 tengah malam.
Kerajaan sebelum ini melaksanakan penetapan harga bulanan secara pengapungan terkawal dengan mengguna pakai formula Mekanisme Harga Automatik yang ditetapkan sejak 1983.
Penetapan harga baharu secara bulanan itu dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bermula pada Disember 2014 lalu.
Pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana perubahan harga tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan lebih pendek. – Mynewshub.cc/HAA
No comments:
Write comments