Thursday, 2 March 2017

Impian Nenek 99 Tahun Masuk Lokap Tercapai


AMSTERDAM – Seorang nenek berusia 99 tahun berjaya memenuhi impiannya iaitu merasa ditangkap polis dan ditahan di dalam penjara.

Nenek itu yang dikenali sebagai Annie kelihatan gembira apabila tangannya digari dan ditahan polis di balai polis Nijmegen Zuid dekat sini.

Annie sebelum ini memberitahu keluarganya dia mahu merasai pengalaman masuk ke penjara dan keluarganya menyampaikan hasrat wanita itu kepada polis.

Pegawai polis di balai Nijmegen Zuid bersetuju memenuhi impian Annie yang tidak pernah melakukan jenayah dengan membenarkan dia duduk di dalam lokap.

“Seorang anak saudara Annie datang bertemu kami dan memberitahu impian wanita berkenaan.

“Berada dalam profesion ini anda sering mendapat permintaan yang pelik dan kami berpendapat ia sesuatu yang baik untuk memenuhi impian terakhir Annie ini,” kata seorang pegawai polis.

Beberapa gambar yang dirakamkan menunjukkan Annie tersenyum kerana terlalu teruja apabila seorang anggota polis menggari tanggannya.

Satu lagi gambar menunjukkan Annie dengan bangga menunjukkan tangannya yang digari ketika duduk di dalam lokap.

Orang awam juga memuji pegawai polis di balai itu kerana membantu menjadikan impian Annie satu kenyataan. – Agensi/myMetro Online

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments