KUALA LUMPUR: Rakaman video yang disebarkan oleh All-Nippon News Network (ANN News) mendakwa, lelaki mirip Kim Uk-il, suspek pembunuhan Kim Jong-nam, asyik bermain biliad di Kedutaan Besar Korea Utara di Kuala Lumpur.
ANN News menayangkan rakaman video seminit pada Isnin lepas menunjukkan lelaki mirip Uk-il, bermain biliad dengan beberapa lelaki lain di tingkat dua kedutaan Korea Utara Damansara Heights.
Asian Correspondent pada Khamis turut menyorot Uk-il staf syarikat penerbangan Korea Utara, Air Koryo diburu polis dalam bagi siasatan pembunuhan Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un 13 Februari lepas.
Ketua Polis Khalid Abu Bakar pada 22 Februari mendakwa Uk-il antara suspek bersama Setiausaha Kedua Kedutaan Kwang Hyon-song bersembunyi di bangunan kedutaan.
Suspek lain, Ri Ji-u, juga dikenali sebagai James, dipercayai masih bersembunyi di Malaysia.
Sementara empat suspek lain dilaporkan berjaya melarikan diri ke Pyongyang.
“Kami percaya mereka berada di kompleks kedutaan, ini termasuk staf Air Koryo, jika mereka tidak datang, kami akan memaksa mereka melakukannya, sebelum kami mengeluarkan surat perintah penangkapan,” kata Khalid pada sidang media awal Mac.
“Kami akan menunggu, bahkan jika itu memerlukan waktu lima tahun, pasti seseorang akan keluar,” kata Khalid.
Laporan agensi berita Korea Selatan, Yonhap News Agency Rabu lepas, mengenal pasti suspek lain yang terlibat dalam pembunuhan itu dikenal pasti sebagai anak mantan Duta Besar Korea Utara ke Vietnam, Ri Hong.
Ji-hyon yang pernah tinggal 10 tahun di Hanoi didakwa menggunakan kefasihannya berbahasa Vietnam merekrut suspek Doan Thi Huong dan memujuknya menyertai komplot membunuh Jong-nam. – Sarawakvoice
No comments:
Write comments