Tuesday, 28 March 2017

Wanita Ini Sensasi Selepas Kongsi Tips Murah Rezeki


SEORANG wanita menjadi sensasi di laman sosial gara-gara perkongsiannya tentang cara mudah dan simple untuk mendapatkan rezeki melimpah ruah.

Videonya dikongsi oleh laman Nokharom Morahkon di Facebook menerima 27 ribu tontonan dan lebih 1,400 kesukaan (likes).

Di dalam video itu, wanita yang tidak diketahui identitinya itu menyenaraikan tiga perkara yang perlu dilakukan untuk mendapat rezeki yang tak putus-putus dan antara kuncinya ialah sentiasa memberi kepada ibu bapa, sedekah dan solat dhuha.

Jom dengar perkongsian dari gadis ini.



Video perkongsian tips itu mendapat reaksi positif dari kalangan pengguna laman sosial terutama sekali kaum adam dan tak kurang juga dari kaum hawa sendiri.

Rata-rata kaum adam merasa ‘tergoda’ dengan kelembutan butir bicaranya dan tips bernas yang disampaikan malah sempat berseloroh sanggup berhabis hantaran RM20,000 pun tak apa jika inilah wanitanya.


“Bini orang ke anak dara ni? Kalau masih bujang esok saya hantar rombongan meminang. RM50k hantaran saya sanggup,” tulis Osman Senrose.

Manakala Azrul Mat Za’im pula, “Macam ni baru betul…. famous dengan kepandaian… bukan macam sesetengah orang tu, famous dengan kebodohan… kalau mcam ni lah, lepasan spm pon sanggup bagi hantaran RM20k lah.”

Dan ini pula komen Radin Nor Izham, “Ni baru betul boleh bagi RM20k hantaran…ayu je dia cakap…bagi nasihat…macam ni layak terima RM20k.”MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments