Saturday, 15 July 2017

'Bila Saya Mengurat Bini Dia?' – Sofi Jikan


SUSAH sebenarnya jadi artis… ada sahaja tidak kena. Begitu yang berlaku kepada pelakon Sofi Jikan apabila dituduh cuba menggoda wanita berstatus isteri orang.

Sofi, 47, berkata, kejadian yang berlaku pada malam Khamis lalu itu bukan bertujuan untuk mengoda sebaliknya dia sekadar membalas senyuman kepada seorang peminat.

“Bila pula saya ingin mengurat isteri dia? Apa yang saya sedar, saya ada memandang semula seorang wanita dan membalas senyumannya.

“Biasalah sebagai lelaki mungkin saya ada terpandang wanita dan membalas senyumannya tapi bukan dengan niat jahat pun. Jika tidak senyum nanti kata artis sombong,” ujarnya kepada mStar Online.


Sofi atau nama sebenarnya Muhammad Sofi Jikan mengulas status laman sosial seorang individu yang mendakwa pelakon berkenaan cuba mengoda isterinya ketika makan di sebuah restoran di Jawi, Pulau Pinang.

Tambah Sofi, lelaki tersebut seharusnya menegur secara terbuka di lokasi kejadian jika perkara itu benar-benar terjadi.

“Kalau dia rasa saya cuba mengoda isterinya kenapa tidak tegur ketika di situ. Dia sengaja mencari publisiti dengan menyebarkan fitnah itu di laman sosial.

“Apa yang cuba dilakukan itu tidak betul dan hanya bertujuan menjejaskan reputasi saya sebagai pelakon. Malah, statusnya juga seolah-olah cuba mengugut saya,” ujarnya.

Tambahnya, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis jika individu tersebut sekali lagi cuba membuat tuduhan palsu berkaitan perkara berkenaan. – mStar Online

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments