KOTAWARINGIN BARAT, Indonesia: Lapan bulan bercinta, termasuk telah mengadakan hubungan seks, seorang lelaki gagal menyedari bahawa kekasihnya itu adalah seorang pondan.
Bunyinya aneh, tetapi itulah hakikatnya apabila seorang lelaki membuat pengakuan yang mengejutkan setelah ditangkap khalwat Jumaat lalu.
Menurut Ketua Polis dan Bomba Daerah Kobar, Herman F Lion, pihaknya juga terkejut, apatah lagi pasangan itu mengaku telah mengadakan hubungan intim.
“Masak, sudah menjalin hubungan cinta tidak tahu itu pondan, tetapi itu urusan mereka,” katanya lagi.
Menurut portal Sindonews, Rizki Budiman, 26 tahun hanya mengetahui wanita anggun bernama Lauren, 21 tahun, itu sebenarnya setelah berada dalam tawanan polis.
Rizki berasal dari Pinang Merah, Pangkalan Bun, manakala Lauren berasal dari Manis Mata, Bandar Kalimantan Barat.
Mereka ditangkap basah ketika bercanda di kawasan gelap di Taman Pangkalan Bun.
Namun polis terpaksa membebaskan kedua-duanya kerana tiada bukti kukuh, apatah lagi mereka ditangkap ketika sudah memakai baju.
“Bagaimanapun pihak keluarga kedua-duanya telah dipanggil dan menandatangani surat jaminan bahawa mereka tidak akan mengulangi lagi perbuatan berkhalwat,” kata laporan itu lagi. – Sarawakvoice
No comments:
Write comments