Saturday, 25 March 2017

Ayah dan anak rogol pelajar sekolah menengah


JAKARTA: Harapkan pegar, pegar makan padi.

Inilah yang berlaku apabila seorang bapa saudara dan anak lelakinya memperkosa atau merogol anak buah dan sepupu sendiri yang juga seorang pelajar sekolah menengah di Kabupaten Bekasi.

Perbuatannya terbongkar apabila pelajar perempuan itu sering mempunyai cupang atau tanda gigitan cinta di tubuhnya.

“Pihak sekolah sudah lama curigai, kerana pada tubuh korban kerap terdapat tanda tersebut,” kata Komisionir Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) Kota Bekasi, Sugeng Wijaya, seperti dipetik tempo.com.

Lelaki yang mengkhianati amanah dan rakus seks itu dikenal sebagai Budi Rachmat, 54 tahun, dan anaknya, Dicky Darmawan, 22 tahun.

Difahamkan pelajar perempuan itu sudah tinggal bersama Budi sejak kecil.

Ujar Sugeng, mangsa mengaku sudah dicabuli bapa saudaranya sejak ia masih duduk di bangku sekolah rendah ketika berusia 12 tahun.

Dan sejak akhir-akhir ini, anaknya pula ikut meratah tubuh mangsa selepas menyedari dan mengintip tindakan bapanya yang memperkosa gadis itu.

Maksudnya, sejak bertahun-tahun ayah dan anak lelakinya itu menjadikan mangsa sebagai hamba seks mereka. 

Menurut Sugeng, guru di sekolah korban kerap melihat tanda cupang pada tubuh korban.

“Akhirnya, pihak sekolah secara baik-baik meminta kepada mangsa untuk bercerita,” kata Sugeng. Mangsa baru berani mengungkapkan kejahatan bapa saudara dan sepupu setelah pihak sekolah menjamin keselamatannya.

Justeru, pihak sekolah pun melaporkan kejadian itu kepada Kepolisian Resor Metropolitan Bekasi Kota pada 25 Februari 2017.

Setelah kes itu terungkap, mangsa dihantar balik ke rumah orang tuanya di Bogor. Namun, demi memudahkan penyelidikan, korban akhirnya dibawa ke rumah kakaknya di Cakung, Jakarta Timur. “Suspek sempat curiga,” kata Sugeng.

Setelah polis mempunyai bukti yang cukup, Budi dan Dicky akhirnya ditangkap di Cilincing, Jakarta Utara pada Selasa malam, 21 Mac. “Di hadapan penyiasat, tersangka mengakui semuanya,” kata Sugeng. – Sarawakvoice

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments