Wednesday, 1 March 2017

GRO Cedera Terjun Bangunan 3 Tingkat Di Labuan


LABUAN – Seorang wanita warga asing cedera ringan selepas bertindak nekad terjun dari sebuah bangunan kedai tiga tingkat kira-kira pukul 12.46 tengah hari Rabu di Utama Jaya di sini.

Wanita berusia 20-an itu yang dipercayai rakyat Filipina dan bekerja sebagai pelayan perkhidmatan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di pulau bebas cukai tersebut.

Polis, bomba dan orang ramai yang melalui kawasan itu berjaya menyelamatkan wanita terbabit dengan merentangkan kain kanvas di bawah bangunan sebelum wanita itu dihantar ke hospital untuk rawatan.


Seorang saksi yang dikenali sebagai Amin berkata beliau dan rakan-rakannya memegang kanvas tersebut bagi menyelamatkan wanita yang dipercayai mengalami tekanan.

“Sekurang-kurangnya 10 hingga 11 orang daripada kami termasuk anggota polis dan bomba memegang kanvas itu dan berharap agar wanita terbabit tidak jatuh ke tanah,” katanya.

Menurut pihak polis, punca kejadian itu masih lagi disiasat. – BERNAMA

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments