Thursday, 26 January 2017

10 pekerjaan paling stress 2017

ALAM perkerjaan ini bukanlah seindah yang disangka. Saban hari ada sahaja perkara yang boleh mencetuskan stress dan tekanan di tempat kerja.

Tekanan ini boleh datang dengan pelbagai cara seperti kerja berlebihan, suasana kerja, berkerja di bawah tarikh 'mati' yang ketat, permintaan yang terlampau dari majikan dan banyak lagi.

CareerCast tahun ini menyenaraikan 10 pekerjaan paling stres untuk tahun 2017 ini dan turut memberikan mata stress bermula daripada 0 hingga 100 untuk anda menilai sendiri serta jangan terkejut pula jika pekerjaan anda tersenarai di dalamnya.

1. Tentera
Pekerjaan tentera ini amat berisiko tinggi tambahan pula apabila nyawa yang menjadi taruhan.
Mata stress: 72.74

2. Bomba
Sama seperti tentera, ahli bomba juga turut mempertaruhkan nyawa mereka untuk memastikan tugas mereka selesai.
Mata stress: 72.68

3. Juruterbang
Siapa kata jadi juruterbang tidak stress? Besar tanggungjawab menjadi juruterbang serta perlu pengetahuan yang luas sebelum melayakkan diri membawa sebuah pesawat.
Mata stress: 60.54

4. Pegawai Polis
Bukan mudah untuk menjadi seorang anggota polis kerana turut terlibat menjaga keharmonian negara serta nyawa menjadi taruhan.
Mata stress: 51.68

5. Penyelaras Acara
Untuk menjaya satu acara itu bukan mudah prosesnya, banyak perkara yang perlu diambil perhatian dan juga ia melibatkan banyak orang. disebabkan itulah kerjaya ini memang boleh memeningkan kepala.
Mata stress: 51.50

6. Wartawan Suratkhabar
Bagi mereka yang tidak tahu, wartawan ini terbahagi kepada banyak kategori, ada wartawan majalah dan suratkhabar. Kedua-duanya mempunyai tarikh 'mati' yang perlu diikut namun begitu untuk suratkhabar ia lebih stres kerana tempoh masa yang pendek dan setiap hari.
Mata stress: 49.90

7. Eksekutif Korporat (senior)
Menjadi tulang belakang di sesebuah syarikat bukan mudah apatah lagi banyak perkara yang perlu diambil perhatian. Selain itu, seorang eksekutif perlu cepat membuat keputusan dan tangkas membuat tugasnya.
Mata stress: 48.56

8. Eksekutif Perhubungan Awam
Skop kerja yang hampir sama dengan wartawan akhbar namun pegawai perhubungan awam bertanggungjawab untuk menjaga imej syarikat.
Mata stress: 48.50

9. Pemandu teksi
Dengan adanya Uber dan Grabcar kini, pemandu teksi sering dihimpit kebimbangan mendapatkan pelanggan dan ditambah lagi dengan hanya duduk di dalam kereta sepanjang hari dan berulang alik ke sana ke mari sudah cukup menambahkan stress.
Mata stress: 48.18

10. Pembaca berita (Televisyen)
Untuk menjadi seorang pembaca berita bukanlah satu yang mudah apalagi di hadapan kamera malah jika ia adalah siaran lansung maka tidak harus ada kesalahan langsung.
Mata stress: 47.93

Bagaimanapun, janganlah anda membanding-bandingkan pekerjaan anda denga yang lain kerana setiap pekerjaan mempunyai tahap stress yang berbeza, yang penting mulakan harimu dengan senyuman. - Sinar Harian

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments