WILKES-BARRE: Robert Lockman Jr memasuki ruang bawah tanah di rumahnya di di Shavertown, Pennsylvania.
Beliau kemudian menemui sebuah buku yang dipinjam oleh ayahnya dari pustaka ketika dia berusia 9 tahun.
Ini bermakna ayahnya sudah meminjam buku tersebut 75 tahun lalu!
Ayah Lockman meninggal 2013 yang lepas.
Mengingatkan hal itu, Lockman mahu menunaikan tanggungjawabnya sebagai anak iaitu mengembalikan buku berkenaan ke pustaka.
Menurut UPI pada Ahad yang mengutip The Citizens Voice, Lockman berkata, “ayah saya seorang yang jujur. Mengembalikan buku itu merupakan tindakan yang akan dilakukannya.”
Sememangnya Lockman sudah mengambil kira akan denda yang perlu dibayarnya kerana buku tersebut terlalu lama dalam simpan ayahnya.
Akaun Facebook milik Osterhout Free Library telah menjelaskan kisah ini bahawa buku berjudul “Val Rides the Oregon Trail” karya Sanfor Tousey dipinjam pada 2 Disember 1941 dan baru dikembalikan pada Rabu 15 Februari lepas.
Pihak pustaka mengenakan denda yang besar ke atas pemulangan buku yang sudah dipinjam 75 tahun tersebut iaitu sekitar RM2,400 (AS$554).
Namun, pegawai pustaka memutuskan untuk mengecualikan denda tersebut dan memansuhkan dendanya. – Sarawakvoice
No comments:
Write comments