Monday, 13 February 2017

Panik rumah bergegar


Sandakan: Sembilan sekeluarga panik selepas rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) atas air di Kampung Air, di sini, bergegar akibat dipukul ombak, 9 malam tadi. 

Susulan kejadian itu, penghuni rumah bergegas keluar kerana bimbang rumah berkenaan akan roboh. 

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan, Leftenan Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan, enam anggota APM Sandakan dihantar bagi memberi bantuan. 

“Setibanya di lokasi mendapati rumah itu bergegar setiap kali dipukul ombak besar dan mempunyai risiko runtuh. 

“Anggota APM kemudian membantu mengeluarkan barangan dan dokumen penting keluarga terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, sembilan sekeluarga itu kini menumpang di rumah saudara. – myMetro Online

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments