MIRI: Pada Ahad lepas ketika hendak menjalankan pembedahan, pihak hospital menanggalkan pakaian pesakit wanita dan terkejut menemui lapan bungkusan plastik lutsinar disyaki syabu tersembunyi di dalam colinya.
Wanita warga Indonesia, 26, terbabit yang membuat pemeriksaan di Hospital Miri disahkan mengalami kandungan luar rahim.
Memetik laporan Utusan Sarawak, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Stanley Jonathan Ringgit berkata, wanita berkenaan kemudian ditahan 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Miri.
Pada sidang media petang Selasa, Stanley mengesahkan, pihaknya mendapat aduan daripada hospital berhubung rampasan barang disyaki dadah daripada pesakit berkenaan.
Pemeriksaan lapan bungkusan plastik masing-masing berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 30.6 gram bernilai RM3,000.
Suspek yang tiada pekerjaan itu kini masih menerima rawatan di hospital selepas menjalani pembedahan.
Pihak berkuasa akan mengambil keterangan daripada suspek selepas dia dibenarkan keluar hospital.
Kes wanita berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Sarawakvoice





No comments:
Write comments