Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, 5 October 2017

Sardin Penyelamat Pantas Tatkala Keracunan Makanan


KEBIASAANYA jika berada di kampung, air kelapa muda akan dijadikan penawar mudah bagi mengubati simpton keracunan makanan.

Petua meminum air daripada buah tropika ini sememangnya merupakan amalan turun-temurun dan ia diyakini berkesan mengubati sakit perut, muntah-muntah dan cirit birit.

Namun sekiranya berada di bandar, memang sukar untuk mencari air kelapa muda yang segar kecuali membeli dari pasar raya atau sesetengah restoran yang menyediakan minuman ini.

Wednesday, 19 July 2017

Percaya Suplemen, Akhirnya Leher Terpaksa Ditebuk


TIDAK dinafikan perkembangan teknologi masa kini amat berguna dan memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat di hujung jari.

Tapi, jangan membuta tuli mempercayai terus apa yang dipaparkan terutama dalam media elektronik yang diketahui sejauh mana kesahihannya.

Sekiranya sakit, kita seharusnya merujuk kepada pihak yang betul-betul mengetahui dan lebih arif berkenaaan penyakit tersebut untuk mendapatkan nasihat.

Tuesday, 27 June 2017

Beras Asli VS Beras Tiruan! Ini Cara Membezakannya…


BARU-BARU ini kecoh di media sosial apabila netizen mula berkongsi tentang kewujudan beras palsu yang sama seperti beras plastik.

Masalah beras palsu yang bermula di Indonesia ini dikatakan mempunyai banyak perbezaan berbanding beras asli.

Menurut sumber, beras palsu ini dihasilkan menggunakan campuran kentang, keledek dan plastik resin, lalu diproses dan dibentuk seperti beras asli.

Kereta Dilanggar Dari Belakang: Guna Tips Ini


MENGAMUK, marah dan emosi yang tidak menentu. Itu antara yang akan dialami apabila kereta dilanggar dari belakang.

Sebelum ini ada beberapa kes dilaporkan apabila pemilik kereta mengamuk selepas keretanya dilanggar dari belakang malah ada juga yang bergaduh hingga cedera dan menjadi kes polis.

Perkongsian seorang peguam Salkukhairi Abdul Sukor di laman Facebook boleh membantu anda sekiranya berhadapan dengan situasi kemalangan terutamanya apabila kenderaan dilanggar dari belakang.

Awas, Jangan Campur Susu Dengan Teh & Kopi!


NIKMATNYA rasa bila dapat ‘pekena’ teh tarik, teh ais, kopi ais dan sebut sahajalah minuman lain yang bercampur susu.

Memang minuman yang disebutkan tadi menjadi kegemaran rakyat Malaysia, dari yang kecil hingga dewasa.

Namun awas! Ada yang mengatakan susu sebenarnya tidak boleh dicampurkan dengan bahan lain seperti teh dan kopi kerana ia akan mendatangkan kemudaratan pada tubuh seseorang.

Kongsi Maklumat Pemakanan Cegah Risiko Kanser


KUALA LUMPUR – Akhir-akhir ini terdapat banyak perkongsian melalui media sosial berkaitan makanan atau diet yang perlu diamalkan untuk mencegah serangan penyakit kanser.

Namun tidak diketahui sejauh mana kebenaran perkongsian tersebut dan sumbernya apatah lagi terdapat percanggahan antara artikel-artikel tersebut.

Ada antara artikel melaporkan kononnya makanan seperti soya merupakan agen pembiak kanser yang aktif dan individu seharusnya mengelak makanan tersebut dalam diet harian.

Monday, 17 April 2017

'Jangan sesekali tinggalkan phone pada kedai..'


Aduan Dari Intan Azalea

Guys and girls, please take note. 

Kalau iPhone tak berfungsi seperti biasa dan dihantar pula ke kedai alat telekomunikasi yang mahu anda tinggalkan telefon pada mereka selama 30 minit atau lebih, jangan sesekali setuju! Sebaliknya, cari kedai yang boleh membaiki telefon anda di depan mata. 

Ini berdasarkan pengalaman saya yang sudah terkena di Plaza Alam Sentral Shah Alam, minggu lepas di mana saya ditipu. 

Saya tahu LCD iPhone saya rosak dan saya hantar ke kedai untuk dibaiki. Pada awalnya, saya hantar pada sebuah kedai ini yang mana meminta saya meninggalkan telefon pada mereka.

Tuesday, 11 April 2017

Lelaki Warga Nepal Ini Raih RM26k Sebulan Di M'sia.. Bagaimana?


Kisah Suren, si Nepal berumur 25 tahun yang hidup di Malaysia dengan pendapatan RM26,000 sebulan.

Malam tadi jam 10.30 den pergi ke rumah sewa lama untuk selesaikan beberapa barang yang masih tertinggal.

Rupa-rupanya rumah tersebut sekarang disewa oleh Suren bersama abang dan kakak iparnya.

Disebabkan den rakyat malaysia yang berhemah dan berjiwa mulia, den mulalah berbual dengan Suren, asal usul, kerja lama, kerja sekarang, apa bikin, kehidupan di Nepal, gunung everest, pemimpin korupsi di Nepal, polis makan rasuah dan banyak lagi.

Saturday, 18 March 2017

Cara Mudah Lepasan SPM Pilih U, Bidang Pengajian


KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 baru sahaja diumumkan beberapa hari lalu.

Mesti ramai dalam kalangan lepasan SPM kini dilema dan tercari-cari institusi pengajian tinggi awam atau swasta mana yang hendak dipohon serta bidang apa yang harus diambil berdasarkan keputusan yang diperoleh.

Seorang pengguna Facebook, Abdul Muiez Ruslee ada berkongsi cara mudah untuk mengenal pasti syarat kelayakan bagi memohon sesuatu bidang di sesebuah universiti.

Wednesday, 15 March 2017

Hati-Hati Cacing Sesat Dari Haiwan Peliharaan


ADAKAH anda membela anjing atau kucing? Pernahkah anda mendengar mengenai Cutaneous Larva Migran atau ‘cacing sesat’?

Seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Abdul Rahim Nor berkongsi maklumat dengan lebih terperinci mengenai cacing sesat yang kebiasaannya hidup dan membesar pada kucing dan anjing.

Menerusi perkongsian di Faceboknya, beliau pernah menerima seorang pesakit yang terkejut apabila melihat kulit badannya seperti ada ‘peta jalan bengkang bengkok’.

Jelasnya, tanda berkenaan selalunya ada di badan, kaki, tangan atau punggung dan ianya dikenali sebagai Cutaneous Larva Migran atau lebih mudah cacing sesat.

Tuesday, 7 March 2017

BR1M 2017 Anda Ditolak? Baca 17 Punca Ini Dulu


SEJAK awal pagi heboh di media sosial apabila netizen meluahkan rasa kesal susulan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mereka ditolak.

Timbul pelbagai persoalan yang ‘menghantui’ fikiran pemohon yang memikirkan sebab permohonan mereka ditolak sedangkan sudah memenuhi syarat kelayakan ditetapkan bagi menerima bantuan berkenaan.

Sebagai makluman, setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada akan disemak oleh beberapa agensi kerajaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki.

Sunday, 26 February 2017

Jangan Memandai Guna Ubat Tanpa Rujuk Doktor


Banyak sebab mengapa ia boleh terjadi begini dan ini adalah ulser kornea, nanah dan fungal. 

Puncanya? Kornea luka. Bila jumpa doktor yang tak sepatutnya, maka dapatlah juga ubat yang tidak sepatutnya. Mata akan jadi radang, merah, luka semakin besar. Jadi datanglah parasit yang tidak diundang.

Friday, 24 February 2017

Biji hitam itu adalah darah beku, tiada kena mengena dengan jumlah anak



Semalam viral di media sosial tentang bilangan biji hitam menyerupai 'telur katak' pada tangkai uri adalah bersamaan bilangan kebolehupayaan untuk mengandung. Pos tersebut mendapat 10K share, 15K komen & 4.6K like.

Thursday, 23 February 2017

Tidur berdengkur berisiko bawa penyakit berbahaya, maut


Rakyat Malaysia perlu memandang serius penyakit masalah tidur berdengkur atau Obstructive Sleep Apnea (OSA) kerana ia boleh menyebabkan gangguan tidur yang memberi kesan kepada sistem tubuh, sehingga mendedahkan kepada risiko penyakit berbahaya lain atau maut.

Nak tahu berapa kali anda “wanita” boleh mengandung?


Uri atau tembuni (saintifiknya, plasenta), adalah suatu organ dalam kandungan yang berfungsi membuat pertukaran produk-produk metabolisme dan produk gas antara peredaran darah ibu dan janin serta produksi hormon.

Monday, 20 February 2017

Awas! Lima bagian ayam yang mengandungi racun


Siapa yang tak suka makan daging ayam, kan. Tak kisahlah ayam goreng, gulai, panggang atau apa sahaja jenis masakan, mesti ada si penggemarnya.

Sunday, 19 February 2017

Jangan memanjakan anak anda dengan telefon pintar atau tablet


Telefon pintar dan tablet sudah dibuktikan mempunyai impak negatif pada badan manusia. Radiasi elektromagnetik yang dikeluarkan dipercayai mempunyai kesan pada otak anda seperti makanan di dalam ketuhar.

Bahaya guna telefon pintar dalam tandas


BRISBANE - Para saintis mengeluarkan amaran kepada orang ramai bahawa penggunaan telefon pintar di dalam tandas boleh mendedahkan mereka kepada masalah kesihatan.

Saturday, 18 February 2017

Kelalaian ibu bapa menyebabkan wajah kanak-kanak ini lumpuh


Ini ialah anak saya yang berusia 3 tahun. Kerana dia kerap tertawa, kami memanggilnya “Smiley.”

Thursday, 16 February 2017

Satu rumah bau bangkai, rupanya berpunca dari 'batu' resdung dalam hidung



Saya dah kena selesema selama tiga bulan. Itu petanda awal yang saya dapat. Dua minggu sebelum bersalin ketika berada di pejabat, sewaktu saya menghembus hingus, terasa ada seketul objek seakan batu keras terjatuh dari mata ke lubang hidung.