PETALING JAYA: Polis Indonesia sedang menyiasat kes melibatkan 2 wanita Indonesia yang berkahwin sesama mereka sejurus pulang dari Malaysia.
Akhbar Jakarta Post melaporkan perkahwinan sejenis itu didedahkan selepas salah seorang daripada mereka dikenali sebagai Farel melahirkan anak di kampung halaman pasangannya di Tanjungbalai, Sumatera Utara.
Salmah dan Farel didakwa melakukan kesalahan itu pada 30 November lalu sekembali dari Malaysia. Undang-undang Indonesia tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis.
Bagaimanapun, Salmah mendakwa dia tidak tidak tahu pasangannya Farel seorang wanita, dan berkata tidak pernah bergaul dengan “suaminya” sejak bernikah.
Menurut Jakarta Post, identiti sebenar Farel dibongkar selepas penduduk setempat menjumpai bayi yang dilahirkannya dibuang kira-kira 50 meter dari rumah pasangannya.
“Farel memberitahu kami dia seorang duda dengan anak seorang, jadi kami tidak merasa curiga dia berkahwin dengan Salmah,” kata penduduk Daman Wuri.
Sementara itu, Salmah memberitahu polis dia tidak meminati wanita.
“Saya masih normal,” katanya dipetik laporan itu. - FMT
No comments:
Write comments