Monday, 6 February 2017

Hartanah milik warga Malaysia antara 15 diarah jual di Australia

SYDNEY: Warga Malaysia merupakan antara yang diarahkan kerajaan Australia menjual semula hartanah milik mereka kerana melanggar peraturan pelaburan, langkah yang dilihat usaha meredekan rasa tidak puas hati rakyatnya atas kekurangan perumahaan mampu milik.

Kerajaan Australia sedang mempertingkatkan penguatkuasaan peraturan pelaburan asing yang sehingga tahun lalu jarang dilaksanakan.

Keputusan yang diumumkan Menteri Kewangan Scott Morrison hari ini melibatkan 15 hartanah, menjadikan jumlah hartanah yang dipaksa dijual semula sejak Mei tahun lalu kepada 61, dengan jumlah nilai A$107 million (RM363 juta).

Selain Malaysia, pemilik 15 hartanah itu turut melibatkan warga China, India, Indonesia, Iran, United Kingdom dan Jerman.

Rakyat asing perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Semakan Pelaburan Asing sebelum dibenarkan membeli hartanah di Australia.

Harga rumah di Sydney melonjak naik sejak 2009, menjadikan bandar raya terbesar Australia itu bandar raya paling mahal selepas Hong Kong, menurut kajian Demographia.

Australia turut memberikan alasan keselamatan negara dalam menolak tawaran pelaburan asing dalam aset infrastruktur, termasuk rangkaian elektrik Ausgrid dengan nilai A$16.2 bilion. - FMT

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments