Thursday, 9 February 2017

Anggota baharu polis Thailand: Santisuk, monyet berumur 5 tahun

Santisuk, seekor monyet jantan berumur 5 tahun merupakan salah seorang anggota polis Thailand di daerah Saiburi!

Menurut laporan Daily Mail, Santisuk dijumpai oleh seorang anggota polis, Yutthapol Phromdao Yutthapol. Ketika itu, Santisuk dijumpai dengan lengan yang patah. Yutthapol membawa Santisuk pulang ke rumah dan merawatnya. Dia turut melatih Santisuk untuk mengutip buah kelapa.

Kini, Yutthapol membawa Santisuk bersama semasa melakukan rondaan harian malah telah menempahkannya pakaian seragam polis mini yang tertulis “Monkey Police” (Polis Monyet) di belakangnya.

Santisuk melakukan rondaan harian bersama anggota polis dan membantu orang ramai mengutip kelapa.

Orang ramai suka akan Santisuk selepas ia dilatih untuk mengutip buah kelapa

Ajaibnya, tugas Yutthapol sebagai seorang anggota polis kini lebih mudah. Sebelum kehadiran Santisuk, Yutthapol terpaksa berhadapan dengan pemandu-pemandu yang marah dan agresif. Kini, pemandu-pemandu bukan sahaja rela bekerjasama dengan Yutthapol dan turun dari kereta secara suka rela malah senyum apabila menerima saman!

Kehadiran Santisuk seolah-olah telah meruntuhkan dinding yang memisahkan orang ramai dengan anggota polis di daerah itu.

Populariti Santisuk menyebabkan presint polis lain menimbangkan untuk turut memperkenalkan rekrut monyet mereka sendiri untuk mempertingkat imej pasukan polis di daerah itu. - Era Baru



    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments