Tuesday, 7 February 2017

Akibat terlalu bergantung dengan pandu arah satelit..

Cardiff (United Kingdom): Kerana terlalu sangat bergantung kepada pandu arah satelit, seorang pemandu BMW terpaksa mendapatkan bantuan anggota penyelamat selepas keretanya terjunam ke dalam sungai di selatan Wales. 

Anggota penyelamat dikerah membantu lelaki itu di Carmarthen selepas keretanya hampir tenggelam sepenuhnya dan dia amat bernasib baik kerana sempat ditarik keluar dari kereta itu. 

Kejadian itu menyebabkan polis Carmarthen menyebarkan pesanan di Twitter supaya pemandu lebih berhati-hati menggunakan aplikasi pandu arah satelit. 

Jurucakap bomba berkata: “Kami sudah beberapa kali menerima panggilan kecemasan untuk kejadian seperti ini di sungai berkenaan.” 

Katanya, pada November lalu sebuah Mercedes Sprinter juga terhumban ke dalam sungai itu menyebabkan anggota keselamatan dipanggil untuk menyelamatkan pemandunya. – Agensi/HMetro

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments