HEBAT. Walaupun ditutup mata namun seorang lelaki dapat mengenalpasti isterinya hanya dengan memegang tangan wanita berkenaan.
Ternyata ia merupakan sesuatu yang tidak semua lelaki boleh lakukan.
Lelaki itu melakukannya dalam satu permainan, di mana berpuluh orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur beratur dalam permainan tersebut dan dalam keadaan mata ditutup, lelaki itu diminta mencari isterinya.
Sebaik sahaja dia memegang tangan isterinya, lelaki itu telah menarik wanita berkenaan dan menciumnya. Orang ramai di sekelilingnya bersorak tanda memberikan sokongan.
“Lelaki itu dapat menghidu bau isterinya dan merasai tangan wanita itu. Dia tahu bentuk tangan dan kuku isterinya.
“Keadaan ini menunjukkan lelaki itu memberikan sepenuh perhatian kepada isterinya,’’ demikian pujian yang diterimanya selepas video permainan terbabit dimuatnaik dalam media sosial.
Ternyata lelaki ini mendapat pujian ramai terutama daripada kaum wanita yang kagum dengannya. Lokasi di mana video itu dirakamkan bagaimanapun tidak diketahui. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments