NAMA Dr. Paul Locus menjadi terkenal secara tiba-tiba. Semuanya selepas dia menyambut kelahiran seorang bayi ketika berpakaian sebagai The Joker dalam filem Batman.
Dr. Paul ketika itu sedang meraikan Holloween apabila sepasang suami isteri, Brittany dan Joseph Selph datang ke pusat perubatan di Nashville, Tennessee.
Ketika itu Brittany mahu bersalin. Dr. Paul kemudiannya mahu menukar pakaian namun pasangan itu tidak kisah jika beliau memakai pakaian The Joker ketika menyambut kelahiran anak mereka.
Malah mereka gembira wajah The Joker merupakan wajah pertama yang akan ditatap oleh anak mereka dalam bilik bersalin.
Menurut Joseph, isterinya itu dijangka bersalin pada 5 November lalu namun air ketubannya pecah pada pagi Holloween. Ketika mereka tiba di hospital, mereka melihat Dr. Paul lengkap memakai pakaian The Joker selain wajahnya yang disolek dengan watak berkenaan.
“Kami dapati ia melucukan dan teruja kerana bayi kami disambut oleh The Joker,’’ kata Joseph.
Malah ketika menunggu Brittany bersalin, Dr. Paul sempat balik ke rumah untuk menghantar gula-gula sebelum balik semula ke hospital.
Akhirnya bayi mereka, Oaklyn Saige Selph dilahirkan pada 8.20 malam. Ia merupakan anak ketiga pasangan itu. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments