Wednesday, 2 August 2017

Video: Seram… Lapangan Terbang Phuket Berhantu?


SEORANG netizen yang menggunakan nama Chiang Mai Elephant di laman Facebook, berkongsi satu rakaman video seram mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket yang didakwanya ‘berhantu’.

Biarpun pihak berkuasa tampil menafikannya, tetapi rata-rata netizen tetap percaya apa yang dilihat itu adalah entiti sebenar.

Menerusi video berdurasi kurang dari 10 saat itu, kelihatan beberapa individu yang terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa berjalan melalui jejantas udara (aero bridge) di lapangan terbang itu.


Namun apa yang ‘pelik bin ajaibnya’, jejantas tersebut sebenarnya tidak disambungkan dengan mana-mana pintu kapal terbang.

Lantas netizen di media sosial mula berasa seram sejuk sehingga ada yang mengatakan lapangan terbang itu telah dimasuki roh jahat.

“Ya Tuhanku, mereka bergerak secara terbang dan kaki pun tak bergerak,” tulis seorang netizen.

Bagaimanapun menurut pihak berkuasa, video tersebut dirakam oleh ketua juruterbang dan menjelaskan fenomena tersebut terjadi akibat pantulan cermin.

Namun, kebanyakan netizen tetap berpendapat biarpun disebabkan pantulan cermin namun ianya agak mustahil kerana jelas kelihatan ia seperti orang sedang berjalan dalam keadaan terapung. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments